BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 25, 2010

sejarah seni lukis di Indonesia

Seni lukis moden Indonesia bermula daripada kemasukan penjajah Belanda di Indonesia. Kecenderungan seni rupa Eropah Barat pada zaman itu ke aliran romantisme menyebabkan ramai pelukis Indonesia turut terpengaruh dan turut memperkembangkan aliran ini. Raden Saleh adalah salah seorang artis Indonesia yang sangat beruntung kerana berpeluang untuk mempelajari seni Eropah barat di Belanda dan turut mempraktikkannya dengan baik di dalam karyanya. Setelah itu Raden Saleh menyambung pembelajarannya tentang lukisan di Belanda. Beliau telah belajar sehingga berjaya menjadi seorang pelukis Indonesia yang disegani dan menjadi pelukis istana di beberapa negara Eropah. Namun seni lukis Indonesia tidak melalui perkembangan yang sama seperti zaman renaissance Eropah sehingga perkembangannya pun tidak melalui tahap yang sama.
Era revolusi di Indonesia menyebabkan ramai pelukis Indonesia beralih konsep dari konsep romantisme menjadi cenderung ke arah humanisme. Objek yang berhubungan dengan keindahan alam Indonesia dianggap sebagai tema yang mengkhianati bangsa, kerana dianggap mengikut kepada kaum kapitalis yang menjadi musuh ideologi komunisme yang terkenal pada masa itu.
Selain itu, alatan lukisan seperti cat dan kanvas yang semakin susah untuk diperolehi itu menyebabkan lukisan Indonesia cenderung ke bentuk-bentuk yang lebih sederhana, sehingga melahirkan lukisan abstrak. Gerakan Manifesto Kebudayaan yang bertujuan untuk melawan pemaksaan ideologi komunisme menyebabkan pelukis pada tahun 1950an lebih memilih kebebasan karya seni mereka daripada kepentingan politik tertentu sehingga era ekspresionisme dilaksanakan. Lukisan tidak lagi dianggap sebagai penyampai maklumat atau sebagai alat propaganda. Antara aliran seni lukis di Indonesia ialah Surrealisme, Kubisme, Romantisme, dan sebagainya.
Antara artis-artis Indonesia yang telah mencipta nama besar dan juga telah menyumbangkan jasa kepada dunia seni di Indonesia ialah Raden Saleh, Affandi, Agus Koecing, Abdullah Suriosubroto, Basoeki Abdullah, Hendra Gunawan, S.Sudjojono, Amlus Natalsya, Tarmizi, Dullah, Widayat, Edi Sunaryo, Nyoman Gunarsa, Abas Alibasyah, Suromo, Bachtiar Zainoel, Mochtar Apin, Baharudin MS, Setiawan Sabana, Sun Ardi, Basuki Abdullah, Popo Iskandar, Hendra, Rusli, Fajar Sidik dan ramai lagi.

0 comments: