BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, July 15, 2013

Perjuangan 4 Tahun

empat tahun aku menyelami dunia pendidikan..akhirnya tamat pengajianku..Alhamdulillah....syukur ke hadrat ilahi kerana membenarkan aku memiliki segulung ijazah sarjana muda pendidikan.. terima kasih juga buat bonda dan ayahanda tercinta kerana banyak memberi bantuan dan dorongan..terima kasih yg tidak terhingga juga buat rakan2 yang menjadi tulang belakang saya selama ini.. alhamdulillah lepas seksaan 4 tahun...

Sunday, March 24, 2013

Setelah sekian lama..

Selepas dua tahun lebih kami tidak pernah keluar bersama, akhirnya kini kami kembali bertentang mata.. Apa yang ada di dalam fikiranku selepas menerima ajakan keluar dari si dia? Pastinya aku resah gelisah...Takut...Suka...Pelbagai perasaan yang bercampur baur tidak mampu aku gambarkan pada insan lain..Ia hanya mampu terpancar diwajahku yang tidak mampu aku selindung lagi.. Perasaan ku bagai tidak boleh dikawal dan kerana itu aku menerima kedatangannya dengan hati yang terbuka.. Pada pagi perjumaan kami, aku telah menyiapkan pakaianku yang serba hitam..Tiba-tiba hatiku tergerak untuk memakai baju warna hijau ditemani cardigen pink dan berseluar hitam.. Tepat jam 9.40 pagi si dia yang aku tunggu-tunggu tiba dihadapan rumahku.. YA ALLAH..Aku melihatnya kemas berpakaian kemaja PINK...!!wow...Jantungku laju..Namun ku kawal dengan baik seperti pelakon yang sangat cekap mengendalikan emosinya.. Perjumpaanku berjalan lancar dan ditemani seorang rakanku.. Istilah 'DATE' tidak boleh digunakan untuk keadaan ini..hahaha.. ketika perjalanan pulang, hujan turun dengan lebatnya.. Sebak dihari mengira minit dan saat untuk berpisah kembali... Namun, sampai dirumah, aku terasa bagai ada batu besar ditanganku yang terpaksa aku angkat untuk melambai si dia pulang... Setelah sekian lama....wajah itu muncul dihadapanku...jasadnya berada disisiku....aku sekali lagi bagai diawang-awangan sambil MENGGENGGAM JANJI CINTA INI.... *nama, atau watak atau jalan cerita tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia...*

Tuesday, March 12, 2013

Menghargai rasa bahagia..

Bahagia adalah satu rasa yang ingin dikecapi oleh semua manusia.. selagi kita punya nikmat sihat dan akal yang baik, keperluan yang kita sentiasa inginkan adalah kasih sayang.. Selain daripada duit yang banyak, teman yang cantik, pendidikan yang tinggi, kuasa yang besar, kereta yang mahal dan rumah yang mewah..namun, ada sesuatu yang tidak pernah memberi jaminan untuk dimiliki..iaitu...ketenangan hati..... bagiku ketenangan itu datang dengan bantuan.. keredhaan tuhan, kecekalan hati, dan perhatian orang di sekeliling... didiklah hati untuk tenang...untuk miliki bahagia... aku tidak mengharap bahagia dalam setiap nafasku.. namun, aku ingin menghargainya.. Kerana tanpanya aku mungkin tidak setabah ini.. tidak adil untuk aku naik berang jika bahagia yang aku inginkan tidak diberikan.. lumrahnya hidup ni bila kita mula kenal apa itu sedih, kecewa, marah, namun bukan mengalah... Perkenalan aku dengan rasa ini mematangkan diriku.. Pergaduhan, pertelingkaran dan ketidaksefahaman yang berlaku sekali sekala antara aku dan dia bukan kerana ada rasa benci dan ingin balas dendam.. ia kemanisan dalam hubungan... bukan ku minta ruang seluas lautan, masa yang panjang, tenaga yang bagai dikerah.... aku hanya inginkan satu sudut yang tenang dihatimu untuk aku bernafas selesa.. jika itu aku mampu miliki, pergilah sangsi, pergilah runsing, pergilah rasa sukar hidup ini... kekuatanku, kasih sayangmu....

Sunday, March 3, 2013

Allergi ketika dewasa..

Hari ni 4 mac 2013.. aku baru pulang dari klinik..aku bertemu doktor setelah mengalami ruam di badan dan muka.. Akibat dari itu, abis muka aku diserang bintik merah...macam kena demam campak pun ada.. bila jumpa doktor, doktor cakap aku allergik pada makanan seperti ayam, telur ayam dan seafood...dalam hati aku berkata...abis, lpas ni aku boleh makan apa..?erm...wajah sayur2an tiba2 terlintas difikiranku...oh..itu sahaja yang aku mampu makan... doktor cakap aku tak boleh makan semua tadi dalam masa setahun...ha????setahun..????sekali lagi wajah sayur2an singgah di otak kecilku...erm...abis.....tiba2 rasa sukarnya hidup ni bila nikmat makan itu ditarik... yang peliknya, selepas aku berusia 24 tahun baru ada allergi? sebelum ni elok je aku bedal mcm2..tu la..mungkin atas dosa2 aku yang banyak, tuhan nak balas..dia tarik nikmat aku satu persatu..selepas ditarik nikmat penglihatan aku dimana aku kini mengalami rabun dekat pada usia 20an, aku juga ditarik nikmat pendengaran...telinga aku kerap bleeding..ntah kenapa..doktor cakap ok je...kali ni nikmat makan plak ditarik..kl aku makan jgk, muka aku akan jadi macam zombi...boleh makan tp jd hodohla..maklumlah..perempuan sering dikaitkan dengan penjagaan diri yang rapi.. so, ada cela sikit da risau..mcmne aku nak pegi kuliah nanti?tu yang membimbangkan aku...walaubagaimanapun, ubat2 yang aku dapat tadi akan aku makan untuk tgk kesannya.. TQ DOKTOR UPSI...

kisahku yang tergantung..

Kadang2 perasaan kita boleh ditutup dengan tingkahlaku yang berbeza.. tapi, pada satu saat, kita pasti akan berasa penat menyembunyikan hati yang luka.. tapi, apa yang boleh kita lakukan..?tiada teman yang memahami..tiada kawan yang bersimpati..tiada keluarga disisi... Akhirnya seperti lumrah sebagai manusia biasa, aku bersujud padaNYA... tuhan yang maha esa...yang maha memahami..maha mengasihani.. segala2nya hanya DIA yang tahu apa isi hatiku... dikala ku rasa resah mencari si pencuri hatiku, aku cuba menenangkan jiwaku..agar tidak kelihatan di mata rakan2 serumahku.. berjauhan adalah perkara yang mencabar dalam hidupku.. bagaimana aku harus sabar?mengerti?memahami dan bertolak ansur serta positif setiap hari? sukar........tapi ku didik hatiku jangan berfikiran negatif... aku harus mengingatkan drku setiap hari..aku harus sedar.. biarpun aku terlalu menyayanginya, namun, aku tau aku tidak akan memilikinya.. bukan niat ingin melawan takdir allah yang telah tertulis untukku...tapi, dugaan dan naluriku berkata begitu.. jika dia benar jodohku, aku sangat bersyukur kepadaMU kerana memperkenankan kehendak cinta hatiku..tp jika dia bukan milikku, aku juga bersyukur kepadamu kerna aku tidak membina mahligai kebahagiaanku di atas kesedihan orang lain... apalah ertinya bahagia jika ada hati yang terluka..memarahi aku setiap masa..hubungan yang tiada restu dan redha... aku...masih disini..menanti jawapan yang belum pasti..tiada kata2 jaminan atau ajakan untuk aku diperisterikan..namun, aku tidak mengharap terlalu tinggi..kerana....aku....masih sedar....akan siapa diriku.........................

Friday, February 22, 2013

hidup yang singkat...

Dalam hidup ini kita menempuh sehari demi sehari dengan begitu pantas.. Rasa baru semalam saya mendaftarkan diri sebagai pelajar pendidikan seni visual di UPSI ini.. Dulu, terasa lama sangat nak abiskan pengajian yang memakan masa selama 4 tahun ni..Tapi, tahun ni, tahun 2013 adalah tahun terakhir saya berada di bumi tanjong malim ini. Rasa tidak percaya, kagum, sedih, hiba, dan macam-macam lagi perasaan menyelubungi diri ini sementara mengira saat-saat akhir di sini.. Banyak kenangan manis dan pahit sepanjang empat tahun saya berada di sini.. Segalanya ku telan sendiri dan adakala ku ditemani jua rakan seperjuangan yang sering sibuk dengan hal masing-masing.. Perjuangan ini bagaikan peperangan yang bersyaratkan menang dengan cemerlang.. Dimana saya tidak boleh berputus asa dan tidak boleh mengenal apa itu kecewa dalam pembelajaran. Selama empat tahun ini, aku memahami, merasai, memerhati segala rentak irama rakan sekelas yang pelbagai. Di akhir-akhir ini akan terlihat 'the true colour of friend'...Dan ia akan membuktikan bahawa rakan itu berada di kelompok mana..Sama ada hanya rakan? sahabat? teman?.. Diperjalananku yang singkat ini, dapat la melihat keindahan dunia sebenar..

Indahnya Hidup Ini..

KOLEKSI MAKANAN SEDAP MENU :Nasi ambeng NAMA GERAI: Warung ibu.. LOKASI: Tanjong Karang... HARGA :RM6.00 MENU:Apam balik coklat LOKASI: Pasar pg jumaat, Meru.. HARGA: RM3.00 MENU: Lempeng NAMA GERAI :D'Lempeng LOKASI: Pekan Kapar HARGA: RM0.70 / Keping MENU: Sotong petai NAMA GERAI: Utama tom yam LOKASI: Bukit kapar MENU:Bihun tomyam NAMA GERAI: Utama Tom Yam LOKASI: Bukit kapar MENU: ABC Coklat NAMA GERAI: Pegaga LOKASI: Seksyen 2 Shah Alam HARGA: RM3.00 Menu: Kuew Tiaw Kungfu. Nama Gerai: Istimewa Seafood. Lokasi: kampung Batu Belah Harga: RM5.00 Menu : Sizzling Chicken Chop Nama Gerai :Orchid Bistro Lokasi :AEON Jusco, Rawang Harga :RM12.90 Menu :Canto Kuew Tiaw Nama Gerai :Orchid Bistro Lokasi :AEON Jusco, Rawang Harga :RM7.90 Menu : Sizzling Lamb Chop Nama Gerai :Orchid Bistro Lokasi :AEON Jusco, Rawang Harga :RM19.50 Menu : Curry Noodle Nama Gerai :Orchid Bistro Lokas : AEON Jusco, Rawang Harga : RM6.90 Menu :Nasi Goreng Cupak Nama Gerai :Cafe Cupak Lokasi :Tanjong Malim Harga :RM5.00 Menu :Nasi Goreng Ikan Bilis Nama Gerai :Cafe Cupak Lokasi :Tanjong Malim Harga :RM4.30 Menu :Bihun Hong Kong Nama Gerai :Cafe Cupak Lokasi :Tanjong Malim Harga :RM4.30 Menu : Nasi Goreng Ayam Nama Gerai :Cafe Cupak Lokasi :Tanjong malim Harga :RM4.50 Menu :Nasi Goreng Daging Merah Nama Gerai :Cafe Cupak Lokasi :Tanjong Malim Harga :RM5.00