BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, March 28, 2010

PERSONALITI

Setiap individu yag dilahirkan di muka bumi ini dikurniakan dengan akal fikiran, emosi, sifat, gaya dan personaliti yang berbeza-beza dengan individu yang lain. Perbezaan antara sifat seseorang dengan individu lain mewujudkan keunikan pada setiap individu kerana mereka ini tidak akan sama dari segi minat, sifat, gaya atau sebagainya secara keseluruhan. Terdapat persamaan yang berlaku tetapi hanya pada sebahagian aspek sahaja. Ini kerana ciptaan tuhan yang sangat sempurna dan unik ini membezakan kelebihan dan kekurangan seseorang individu dengan individu lain.
Ciptaan tuhan sangat teratur di mana setiap individu mempunyai personaliti masing-masing. personaliti berasal daripada perkataan inggeris iaitu person. Pada umumnya, personaliti akan memperihalkan seseorang individu tersebut tetapi secara khusus, personaliti adalah sifat – sifat yang ada pada seseorang individu seperti cara ia berfikir, beraksi, beremosi, berpersepsi dan lain – lain yang membolehkannya dibezakan dengan orang lain. Oleh itu, personaliti akan memperihalkan sifat – sifat fizikal, emosi, dan kognitif seseorang individu.


Mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka, personaliti ialah sifat dan sikap seseorang yg membentuk perwatakannya dan keperibadian. Setiap individu mempunyai personaliti masing-masing yang menarik.


Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi personaliti. Antaranya ialah perwarisan. Hal ini di sebabkan oleh sifat atau sikap seseorang itu boleh diwarisi atau diwariskan kepada individu lain. Hal ini sering berlaku dalam sesebuah keluarga di mana apa yang diamalkan atau diperlakukan oleh ibu bapa akan diwarisi oleh anak-anak mereka. Contohnya jika ibu merupakan seorang yang penyanyang, maka anak yang akan lahir juga berkemungkinan untuk memegang watak seorang yang penyanyang juga. Hal ini berlaku kerana terdapat hubungkait yang rapat dari segi saintifik dan genetik antara ibu bapa dengan anak-anak mereka.


Selain daripada itu, faktor pengalaman juga boleh mempengaruhi personaliti seseorang. seorang individu yang telah mengalami pengalaman yang indah dan baik akan lebih mudah membentuk personaliti yang positif berbanding dengan individu yang berpengalaman dengan kisah silam yang mengerikan kemungkinan ia akan mempengaruhi personaliti seseorang pada masa akan datang. Contohnya seseorang pelajar yang berpengalaman dalam kes buli. Pelajar yang pernah dibuli akan menyebabkan mereka menjadi seorang yang pendiam, murung dan sebagainya. Pelajar seperti ini membentuk personalitinya sendiri kesan pengalaman yang dilalui.


Faktor lain pula ialah budaya. Faktor budaya juga merupakan salah satu aspek yang boleh mempengaruhi personaliti seseorang individu. Budaya inilah yang akan mencorak seseorang individu dan menentukan personaliti mereka. seseorang individu itu pasti mempunyai budaya yang tersendiri dan mungkin berbeza dengan rakan-rakan yang lain. Contohnya jika sesebuah budaya itu mengamalkan adab sopan santun dan menjaga kehormatan diri yang ketat, maka personaliti seorang pelajar itu akan bersikap sopan sedemikian secara tidak langsung. Hal ini kerana pelajar sudah dibiasakan dengan apa yang berlaku di persekitarannya.

0 comments: