Sunday, January 31, 2010
Thursday, January 28, 2010
Untuk langkah pertama.

Hari Anugerah Dekan AT23
Tahniah kepada semua pelajar AT23
Alhamdulillah..syukur ke hadrat ilahi..
berusaha..!!!!!!
Posted by Maria Ja'afar at 8:00 AM 0 comments
Monday, January 25, 2010
tokoh seni visual di Indonesia

Nama artis diatas ialah Affandi Koesoema. Affandi dilahirkan pada tahun 1907. Beliau dilahirkan di Cirebon Jawa Barat di Indonesia. Beliau merupakan warganegara Indonesia. Beliau merupakan seorang pelukis tempatan Indonesia yang telah menempah nama besar sebagai anak seni bukan sekadar di dalam negara tetapi juga di luar negara. Affandi merupakan seorang pelukis yang banyak menghasilkan karya berbentuk abstrak dan ekspressionisme. Gelaran bagi Affandi ialah Maestro Seni Lukis Indonesia. Pada tahun 1950 Affandi telah mengadakan pameran solonya dimana beliau telah menghimpunkan kesemua karyanya. Pameran tersebut telah diadakan di India, Inggeris, Eropah, Amerika Syarikat dan sebagainya. Affandi telah membuat pameran dimerata-rat tempat sehingga ke Hong Kong. Bilangan karya yang telah dihasilkan oleh Affandi adalah lebih dari 2000 lukisan. Affandi telah mendapat pendidikan yang baik sepanjang pengajiannya. Taraf pengajian beliau ialah HIS, MULO, dan AMS. Beliau juga telah memperisterikan seorang wanita daripada Indonesia yang bernama Maryati. Maryati merupakan seorang wanita yang berasal daripada bogor Indonesia. Perkahwinan Affandi dan maryati telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Kartika. Kartika Affandi merupakan satu-satunya pewaris Affandi. kartika juga merupakan seorang anak seni yang telah mengikut jejak langkah bapanya. Affandi juga mempunyai pengalaman bekerja selain daripada menjadi seorang seniman. Beliau pernah menjadi guru dan pernah juga bekerja sebagai tukang sobek karcis dan pembuat gambar reklame bioskop di salah satu gedung bioskop di Bandung
Affandi juga mempunyai muziumnya yang tersendiri. Muzium yang dirasmikan oleh Fuad Hassan, Menteri Pendidikan dan Kebudayaan ketika itu juga dalam sejarahnya telah dikunjungi oleh Mantan Presiden Soeharto dan Mantan Perdana Menteri Malaysia Dr. Mahathir Mohammad pada Jun 1988 diwaktu kedua-duanya masih berkuasa. Muzium ini didirikan pada tahun 1973 di atas tanah yang menjadi tempat tinggal Affandi.
ketika itu, terdapat sekitar 1.000 lebih lukisan di Muzium Affandi, Dan 300 di antaranya adalah karya Affandi. Lukisan-lukisan Affandi yang dipamerkan di galeri I adalah karya retrospektif yang mempunyai nilai sejarah iaitu bermula dari awal kerjayanya sehingga tamat riwayatnya,
Nama artis seni Indonesia di atas ialah Raden Saleh. beliau tinggal di semarang. lahir pada tahun 1807. tarikh wafat ialah 23 april 1880.
Posted by Maria Ja'afar at 6:16 AM 0 comments
sejarah seni lukis di Indonesia
Seni lukis moden Indonesia bermula daripada kemasukan penjajah Belanda di Indonesia. Kecenderungan seni rupa Eropah Barat pada zaman itu ke aliran romantisme menyebabkan ramai pelukis Indonesia turut terpengaruh dan turut memperkembangkan aliran ini. Raden Saleh adalah salah seorang artis Indonesia yang sangat beruntung kerana berpeluang untuk mempelajari seni Eropah barat di Belanda dan turut mempraktikkannya dengan baik di dalam karyanya. Setelah itu Raden Saleh menyambung pembelajarannya tentang lukisan di Belanda. Beliau telah belajar sehingga berjaya menjadi seorang pelukis Indonesia yang disegani dan menjadi pelukis istana di beberapa negara Eropah. Namun seni lukis Indonesia tidak melalui perkembangan yang sama seperti zaman renaissance Eropah sehingga perkembangannya pun tidak melalui tahap yang sama.
Era revolusi di Indonesia menyebabkan ramai pelukis Indonesia beralih konsep dari konsep romantisme menjadi cenderung ke arah humanisme. Objek yang berhubungan dengan keindahan alam Indonesia dianggap sebagai tema yang mengkhianati bangsa, kerana dianggap mengikut kepada kaum kapitalis yang menjadi musuh ideologi komunisme yang terkenal pada masa itu.
Selain itu, alatan lukisan seperti cat dan kanvas yang semakin susah untuk diperolehi itu menyebabkan lukisan Indonesia cenderung ke bentuk-bentuk yang lebih sederhana, sehingga melahirkan lukisan abstrak. Gerakan Manifesto Kebudayaan yang bertujuan untuk melawan pemaksaan ideologi komunisme menyebabkan pelukis pada tahun 1950an lebih memilih kebebasan karya seni mereka daripada kepentingan politik tertentu sehingga era ekspresionisme dilaksanakan. Lukisan tidak lagi dianggap sebagai penyampai maklumat atau sebagai alat propaganda. Antara aliran seni lukis di Indonesia ialah Surrealisme, Kubisme, Romantisme, dan sebagainya.
Antara artis-artis Indonesia yang telah mencipta nama besar dan juga telah menyumbangkan jasa kepada dunia seni di Indonesia ialah Raden Saleh, Affandi, Agus Koecing, Abdullah Suriosubroto, Basoeki Abdullah, Hendra Gunawan, S.Sudjojono, Amlus Natalsya, Tarmizi, Dullah, Widayat, Edi Sunaryo, Nyoman Gunarsa, Abas Alibasyah, Suromo, Bachtiar Zainoel, Mochtar Apin, Baharudin MS, Setiawan Sabana, Sun Ardi, Basuki Abdullah, Popo Iskandar, Hendra, Rusli, Fajar Sidik dan ramai lagi.
Posted by Maria Ja'afar at 6:13 AM 0 comments
seni
Seni merupakan sesuatu perkara yang sangat luas. Menurut kamus dewan, seni membawa maksud halus iaitu kecil, elok, tipis, dan juga enak di dengar seperti yang berkaitan dengan seni suara. Seni ini boleh dikatakan merangkumi setiap aspek kehidupan manusia. Dalam era modenisasi ini, seni juga melibatkan sesuatu yang kreatif dan inovatif. Kreatif bermaksud kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan bagi menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan.
Inovatif pula bermaksud kebolehan untuk membuat pembaharuan atau mengubahsuai sesuatu untuk menjadikannya lebih baik, elok, berkualiti dan sebagainya. Selain itu juga seni yang terlalu luas ini merangkumi aspek lain selain daripada seni halus. Seni juga terdiri daripada seni sastera, muzik, binaan, barangan tradisional, dan sebagainya yang dicipta dengan bakat atau kecekapan dan hasil daripada sesuatu ciptaan.
Visual pula dari segi bahasa bermaksud tampak iaitu sesuatu yang boleh dilihat melalui deria penglihatan. Terdapat juga istilah seni rupa, seni halus, seni lukis dan seni reka. Menurut buku Fine art in Islamic civilization (1981), pemikir islam iaitu Imam Al- Ghazali memperkatakan bahawa seni itu indah melalui pandangan kecantikan dan keindahan. Oleh itu penjelasan konsep seni visual bolehlah di dasarkan kepada beberapa aspek pernyataan diri, pengalaman dan sensasi visual dan sentuh sama ada dalam bentuk 2D atau 3D.
Seni visual boleh dibahagikan kepada dua jenis penghasilan iaitu pengkaryaan dan perekaan. Pengkaryaan ialah penghasilan seni halus dalam bentuk 2D dan 3D. Kebanyakan bahan-bahan yang terhasil menggunakan media dan teknik konvensional iaitu alatan dan media asas dan kurang mengunakan bantuan teknologi. Contoh pengkaryaan ialah Lukisan, catan, cetakan dan arca.
Manakala perekaan pula ialah penghasilan dalam bentuk 2D dan 3D yang lebih banyak menggunakan teknik dan media baru berteraskan teknologi. Contoh perekaan ialah grafik dan multimedia (komunikasi visual), reka bentuk teknologi seperti rekaan industri automobil, logam halus, tekstil dan reka bentuk persekitaran seperti seni hiasan dalaman dan seni lanskap.
Terdapat beberapa peranan penting di dalam pengkaryaan seni visual. Ia boleh dilihat melalui dua aspek antaranya ialah aspek psikologi dan kedua pula ialah aspek sosiologi. Peranan psikologi dalam seni dilihat dari segi perkembangan dan pembentukan diri individu berdasarkan kepada perkembangan sensitiviti, emosi, kreativiti, dan ekspresi yang berlaku dalam diri individu melalui aktiviti seni visual. Peranan seni visual dari aspek sosiologi pula terdiri daripada nasionalisme, persekitaran, propaganda, ritual atau upacara, spiritual, pengeluaran, dan perniagaan serta perdagangan.
Posted by Maria Ja'afar at 5:50 AM 0 comments
PSIKOLOGI DALAM PENDIDIKAN
masalah murid di dalam kelas.
KECELARUAN EMOSI
Keadaan yang kebiasaannya akan berlaku dikalangan remaja yang melalui perubahan dan cabaran dalam kehidupan yang boleh menimbulkan perasaan negatif. Hal ini mengakibatkan gangguan kehidupan sosial.
EMOSI
Mengikut kamus pelajar edisi kedua definisi emosi ialah satu perasaan batin yang kuat seperti sedih ,marah. 2 keadaan perasaan atau fikiran yang terangsang dan melibatkan perubahan psikologi dan fisiologi pada seseorang.
1) kemurungan
2) kebimbangan
KEMURUNGAN
Adalah penyakit yang berbahaya. Ia mampu menyongsangkan perspektif normal seseorang sehingga mengakibatkan perubahan tingkah laku dan akhirnya mencederakan diri sendiri atau lebih teruk lagi sehingga bunuh diri.Roberts 1997 – kemurungan meningkat 2x ganda apabila remaja meningkat dewasa.
Faktor
-Ibu bapa sendiri mengalami kemurungan
-Kurang mendapat perhatian dan kasih sayang dari ibu bapa
-Pengalaman lampau yang negatif
-Ciri-ciri peribadi
CIRI2.
-Hilang keseronokan dlm menjalani sebarang aktiviti
-Sentiasa sedih dan menangis
-Tidak bermaya
-Rasa bersalah yang tidak menentu
-Mengasingkan diri dari keluarga dan sahabat
-Cubaan untuk mencederakan diri sendiri
-Tidak dapat menguruskan kehidupan sendiri
-Kehilangan fungsi tubuh yang tidak boleh diperjelaskan
Contoh: Sentiasa mengalami sakit kepala, letih atau sakit perut
LANGKAH MENGATASI
Wright 1997 menyatakan bahawa sejarah silam mereka perlulah disemak secara mendalam.
Ujian klinikal khas. Jika benar remaja tersebut mengalami kemurungan tindakan yang perlu diambil adalah seperti:-
Menggalakkan individu tersebut untuk berbual dengan orang yang mereka percaya, seperti :-
-Ibu bapa
-Ahli keluarga yang dipercayai
-Kaunselor sekolah
-Guru agama
KEBIMBANGAN
-Kebimbangan adalah perasaan takut yang kronik dan komplek yang wujud dalam pelbagai jenis kecelaruan mental dan saraf (Drever,1952).
-Wolpe (1958) menyatakan yang perkataan kebimbangan ni boleh diertikan juga sebagai perkataan ketakutan.Dapat dilihat, kebimbangan kanak-kanak sekolah rendah lebih
-tertumpukepada pencapaian akademik manakala remaja pula lebih tertumpu kepada kebimbangan sosial.Ini dapat dilihat terhadap ‘Teori-Teori Kebimbangan(Psikoanalitik)’,
-Menurut Freud (1977) apabila tenaga libido dipendamkan, ia bertukar menjadi kebimbangan dan akan muncul sebagai kebimbangan bebas atau sebagai satu simptom kebimbangan.
CIRI2.
-Ketegangan motor seperti tidak dapat bertenang, menggigil dan mengalami ketegangan.
-Mengalami hiperaktiviti autonomik seperti pening, degupan jantung yang kencang dan berpeluh.
-berasa cemas, gelisah, memperlihatkan dan memikirkan perkara yang menyebabkan ketegangan
-Terlalu memberi perhatian terperinci dengan cara mengawasi segala gerak laku di sekelilingnya.
-Nevid (2000) membahagikan ciri-ciri kebimbangan kepada tiga bahagian iaitu ciri-ciri fizikal, tingkah laku dan kognitif.
Posted by Maria Ja'afar at 4:52 AM 0 comments







