Saturday, September 25, 2010
Tuesday, March 30, 2010
Kepentingan kreativiti dalam pengajaran seni visual
Antara kepentingannya ialah
1 Untuk memupuk dan mewujudkan pemikiran yang baik dan berkesan.
2 Untuk mengamalkan budaya berfikir secara kreatif
3 Untuk mengelakkan kesilapan dalam berfikir
4 Meningkatkan kualiti dalam menghasilkan karya
5 Berfikir di luar kotak
6 Memupuk daya cipta yang tinggi dan semakin meluas.
Posted by Maria Ja'afar at 9:24 AM 0 comments
Sunday, March 28, 2010
Otak

Definisi Otak
Otak merupakan organ bagi pusat kawalan utama bagi badan. Ia menerima maklumat melalui deria dari dalam dan luar tubuh. Ia menganalisa maklumat ini dan kemudiannya menghantar perutusan kepada badan yang mengawal fungsi dan tindakannya. Otak meningati pengalaman lepas, dan merupakan punca fikiran, mood, dan emosi.
Dalam haiwan, otak (εν-κέφαλος, bahasa Greek bagi "dalam tengkorak"), merupakan pusat kawalan bagi sistem saraf tunjang, bertanggungjawab bagi kelakuan. Otak terletak di kepala, dilindungi oleh tengkorak dan hampir dengan perkakasan deria bagi penglihatan, pendengaran, keseimbangan, rasa dan bau. Sementara kesemua vertebra mempunyai otak, kebanyakan invertebra samaada mempunyai otak pusat atau himpunan ganglia terasing. Sesetengah haiwan seperti cnidarian dan echinoderm tidak memiliki otak pusat, sebaliknya mempunyai sistem saraf berasingan, sementara haiwan seperti sponge ketiadaan otak dan sistem saraf sama sekali. Otak mampu menjadi amat rumit. Sebagai contoh, otak manusia mengandungi sekitar 23 bilion neuron, setiap satunya bersambung dengan hampir 10,000 neuron yang lain.
Sejarah
Pandangan awal mengenai fungsi otak menganggap ia hanyalah sebagai pengisi tengkorak. Mesir Silam, dari akhir Kerajaan Pertengahan seterusnya, dalam penyediaan mummification, otak biasanya dibuang, kerana ia dipercayai bahawa jantung adalah apa yang dianggap sebagai terletakknya minda. Menurut Herodotus, semasa langkah pertama penyediaan mummifikasi, "Tindakan paling sempurna adalah untuk mengeluarkan sebanyak mungkin otak dengan cangkuk otak, dan apa yang tidak dapat dicapai dengan cangkuk dicampur dengan dadah." Menjelang lima ribu tahun kemudian, pandangan ini terbalik; otak kini diketahui sebagai takhta kebijaksanaan, sungguhpun variasi pepatah (idiom) yang terdahulu kekal, seperti menghafal "dalam hati (by heart)".
Pertimbangan pertama mengenai bidang psikologi datang daripada ahli falsafah purba, seperti Aristotle. Ketika para pemikir semakin memahami bidang penyelidikan bioperubatan merentasi masa, sebagaiman dengan kes pakar psikologi zaman pertengahan contohnya seperti Alhazen dan Avicenna, konsep-konsep psikologi percubaan dan psikologi klinikal baru muncul. Daripada situ, cabang-cabang lain psikologi muncul dengan setiap individu mencipta idea-idea baru yang berbeza serta ahli psikologi moden seperti Freud dan Jung menyumbang kepada bidang ini.
Biologi Otak
Saiz otak manusia adalah kira-kira 325 gram yang terdiri daripada 10-12 bilion sel dan menyerap kira-kira 75% oksigen darah dalam tubuh manusia. Kranium dan bendalir memberi perlindungan kepada otak. Perkaran yang menarik perhatian para penyelidik ialah kaitan di antara pemikiran/kognisi dan aktiviti-aktiviti fizikal pada otak.
Sejak awal lagi pengkaji telah cuba menerangkan otak dan kaitanya dengan pelbagai fungsi kognitif, tingkahlaku dan emosi.
Antara yang terkenal ialah Franz J. Gall (1758-1828) yang mengutarakan "phrenology" yang berasal daripada perkataan "phrenos" yang bermakna minda dan "logos" yang bermakna kajian. Beliau cuba mengaitkan bahagian-bahagian tertentu otak dengan fungsi-fungsi kognitif tertentu.
Setakat ini diketahui bahawa perubahan-perubahan kimia & elektromagnetik wujud ketika individu berfikir (seperti dalam penyelesaikan masalah). Aktiviti neural dikesan dengan alat perakam yang dipanggil "Electroencephalograph" atau EEG. Pola gelombang otak dikesan melalui elektrod yang dipasang pada kepala seseorang.
Minda dan Otak
Secara analoginya, otak dapat diibaratkan seperti sebilah pisau manakala minda dapat diibaratkan seperti ketajaman yang terdapat pada mata pisau tersebut. Pisau tidak dapat digunakan dengan sempurna jika matanya tidak diasah untuk mendapatkan ketajaman yang maksimum. Begitu juga halnya dengan otak kita yang tidak dilatih dan dikembangkan untuk menghasilkan minda atau pemikiran yang berkualiti.
Bahagian-Bahagian Otak
Otak manusia terdiri daripada beberapa bahagian:
1. Saraf Tunjang: atau korda spina menerima maklumat daripada sistem sensori (kulit, mata, telinga, lidah & hidung) sendi otot dan anggota lain, lalu mengeluarkan arahan motor untuk bertindak balas (seperti melakukan pergerakan)
2. Medula Oblongata dan Pons: merupakan sambungan atau jambatan anatara saraf tunjang dan bahagian atas otak. Medula ialah pusat proses-proses tidak sedar seperti respirasi, denyutan jantung, tekanan darah, menelan, batuk, bersin dan lain-lain.
3. Otak Tengah: terletak antara medula oblongata, pons & serebelum & diensefalon & korteks serebum.
4. Diensefalon: terdiri daripada
a) hipotalmus - mengawal fungsi involuntari (pernafasan, suhu badan)
b) talamus - memproses maklumat terlibat dengan penglihatan, pendengaran, rasa.
5. Serebelum: terletak di bawah serebrum dan memenuhi bahagian belakang karanium. Permukaan serebrum terdiri daripada jirim kelabu dan berlipat-lipat dan jirim putih memenuhi bahagian dalamnya. Serebelum menerima impuls dari organ-organ deria yang berkaitan dengan keseimbangan badan. Fungsi serebelum ialah menyelaras pergerakan badan & mengekalkan keseimbangan (berjalan, berlari).
6. Serebrum: adalah bahagian otak yang paling besar (2/3 otak manusia) dan memenuhi bahagian atas serta hadapan ruang kranium dan terbahagi kepada 2 hemisfera:
- Hemisfera Kanan menerima impuls dari sebelah kiri badan.
- Hemisfera Kiri menerima impuls dari sebelah kanan badan.
Kopus Kasolum menghubungi kedua-kedua bahagian serebrum. Lebih banyak lipatan dan terdiri daripada jirim kelabu.
Teori Otak
Menurut Ma’arof dan Haslinda (2001), pada tahun 1965 Dr. Roger Sperry dari Institut Teknologi Carlfornia telah mengemukakan teori otak kiri dan otak kanan yang dipercayai dan digunakan hingga kini. Dr. Roger Sperry dan Dr. Paul Maclean mendapati manusia hanya menggunakan 10% daripada potensi otak, 90% lagi sentiasa menanti untuk dikembangkan.
Fungsi Otak Kiri & Otak Kanan
Menurut De Porter dan Hernacki (1992), otak kiri mengawal proses pembelajaran bahasa, matematik, pemikiran logik, analitik, linear dan hafalan. Otak kanan pula mengawal aktiviti kreatif, irama, rima, muzik, visual, warna, gambar serta pemikiran metaforikal yang boleh menggambarkan analogi dan metafora, corak serta pola. Ringkasnya, otak kanan adalah untuk pembelajaran holistik, subjektif, estetik, kreatif dan berbentuk naluri manakala otak kiri melakukan pembelajaran objektif dan akademik.
Fungsi Otak Kiri
•Ia mengawal bahagian kanan anggota badan.
•Ia juga mengawal fungsi bercorak analitik.
•Komputer boleh melaksanakan fungsi analitik. Analitik termasuklah logik, urutan, rasional, fakta, terperinci, perancangan, prosedur, ulangan dan pengelolaan.
Fungsi Otak Kanan
•Ia mengawal bahagian kiri anggota badan.
•Ia memproses maklumat bercorak intuitif, kesenian, kreativiti, perasaan dan persepsi visual.
•Ia tidak boleh dilakukan oleh komputer.
Posted by Maria Ja'afar at 3:39 AM 0 comments
PERSONALITI
Setiap individu yag dilahirkan di muka bumi ini dikurniakan dengan akal fikiran, emosi, sifat, gaya dan personaliti yang berbeza-beza dengan individu yang lain. Perbezaan antara sifat seseorang dengan individu lain mewujudkan keunikan pada setiap individu kerana mereka ini tidak akan sama dari segi minat, sifat, gaya atau sebagainya secara keseluruhan. Terdapat persamaan yang berlaku tetapi hanya pada sebahagian aspek sahaja. Ini kerana ciptaan tuhan yang sangat sempurna dan unik ini membezakan kelebihan dan kekurangan seseorang individu dengan individu lain.
Ciptaan tuhan sangat teratur di mana setiap individu mempunyai personaliti masing-masing. personaliti berasal daripada perkataan inggeris iaitu person. Pada umumnya, personaliti akan memperihalkan seseorang individu tersebut tetapi secara khusus, personaliti adalah sifat – sifat yang ada pada seseorang individu seperti cara ia berfikir, beraksi, beremosi, berpersepsi dan lain – lain yang membolehkannya dibezakan dengan orang lain. Oleh itu, personaliti akan memperihalkan sifat – sifat fizikal, emosi, dan kognitif seseorang individu.
Mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka, personaliti ialah sifat dan sikap seseorang yg membentuk perwatakannya dan keperibadian. Setiap individu mempunyai personaliti masing-masing yang menarik.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi personaliti. Antaranya ialah perwarisan. Hal ini di sebabkan oleh sifat atau sikap seseorang itu boleh diwarisi atau diwariskan kepada individu lain. Hal ini sering berlaku dalam sesebuah keluarga di mana apa yang diamalkan atau diperlakukan oleh ibu bapa akan diwarisi oleh anak-anak mereka. Contohnya jika ibu merupakan seorang yang penyanyang, maka anak yang akan lahir juga berkemungkinan untuk memegang watak seorang yang penyanyang juga. Hal ini berlaku kerana terdapat hubungkait yang rapat dari segi saintifik dan genetik antara ibu bapa dengan anak-anak mereka.
Selain daripada itu, faktor pengalaman juga boleh mempengaruhi personaliti seseorang. seorang individu yang telah mengalami pengalaman yang indah dan baik akan lebih mudah membentuk personaliti yang positif berbanding dengan individu yang berpengalaman dengan kisah silam yang mengerikan kemungkinan ia akan mempengaruhi personaliti seseorang pada masa akan datang. Contohnya seseorang pelajar yang berpengalaman dalam kes buli. Pelajar yang pernah dibuli akan menyebabkan mereka menjadi seorang yang pendiam, murung dan sebagainya. Pelajar seperti ini membentuk personalitinya sendiri kesan pengalaman yang dilalui.
Faktor lain pula ialah budaya. Faktor budaya juga merupakan salah satu aspek yang boleh mempengaruhi personaliti seseorang individu. Budaya inilah yang akan mencorak seseorang individu dan menentukan personaliti mereka. seseorang individu itu pasti mempunyai budaya yang tersendiri dan mungkin berbeza dengan rakan-rakan yang lain. Contohnya jika sesebuah budaya itu mengamalkan adab sopan santun dan menjaga kehormatan diri yang ketat, maka personaliti seorang pelajar itu akan bersikap sopan sedemikian secara tidak langsung. Hal ini kerana pelajar sudah dibiasakan dengan apa yang berlaku di persekitarannya.
Posted by Maria Ja'afar at 3:24 AM 0 comments
Tuesday, February 2, 2010
realiti wanita
Masalah yang ingin saya kemukakan di sini ialah masalah golongan wanita yang lemah dengan kaum lelaki. Bilangan peratus kes yang melibatkan masalah sosial meningkat dari semasa ke semasa. Masalah ini berlaku antaranya berpunca daripada pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan iaitu pergaulan yang tidak dibatasi dengan syarak. Masalah ini sangat rumit kerana apa yang saya lihat adalah perubahan yang berlaku pada seorang wanita apabila bersama dengan seorang lelaki. Masalah percintaan di luar batas syarak dapat menjatuhkan iman seseorang individu untuk melakukan perkara yang sia-sia dan lupa pada larangan yang maha esa.
Seorang wanita muslim kini mudah jatuh dan lemah pada seorang lelaki. Hal ini berikutan dengan permainan sandiwara kaum lelaki dengan menggunakan kata-kata manis serta pujuk rayu agar wanita ini menuruti segala perintahnya. Bagi seorang wanita yang mempunyai hati yang sangat lembut ini akan cepat terpengaruh dengan lelaki yang sedemikian. Golongan wanita ini selalunya meletakkan harapan yang tinggi dan memberikan kasih dan sayang sepenuhnya kepada seorang lelaki ajnabi (asing).
Menjadi persoalan saya apabila saya melihat mengapa wanita ini mudah lemah kepada lelaki walaupun mereka ini mempunyai ilmu agama yang kuat? Bukan sahaja golongan wanita yang terjerumus kepada masalah ini adalah wanita yang tidak berilmu agama tetapi terdapat juga segelintir bilangan kaum wanita yang berilmu agama terjerumus sama di dalam permasalahan ini. Mengapa sikap dan tingkahlaku seorang wanita itu berubah hanya kerana seorang lelaki yang disayangi walaupun hakikatnya mereka mengetahui tentang batas-batas pergaulan dan seterusnya memahami hukum-hukum syarak di dalam islam?
Jika seorang wanita yang tiada pegangan agama yang kuat boleh jatuh ke tangan lelaki, saya rasa ia tidak memeranjatkan kerana mereka ini tidak mempunyai didikan rohani yang dapat menyelamatkan mereka daripada melakukan perkara-perkara terlarang. Tetapi bagaimana pula dengan golongan yang di pandang suci, solehah, serta beriman ini? Ilmu agama yang diperolehi tidak mampu menghindarkan diri mereka kepada masalah pergaulan ini. Dimanakah silapnya?
Semakin hari dunia semakin mencabar. Wanita solehah yang menutup auratnya kini dipandang rendah oleh masyarakat akibat segelintir daripada mereka telah menconteng arang kepada golongan yang baik-baik. Oleh itu disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. Hal ini boleh mendatangkan masalah kepada sesama kaum wanita itu sendiri. Terdapat juga golongan wanita yang mempunyai pendirian teguh dan bersifat tegas pada mulanya terhadap kaum lelaki. Tetapi setelah bersama dengan seorang lelaki yang disayanginya, pendirian dan prinsip hidup mereka itu menjadi luluh sedikit demi sedikit tanpa mereka sedari. Bagaimanakah seorang wanita yang tegas akhirnya dapat dilembutkan dan dijatuhkan di tangan seorang lelaki? Ketegasan seorang wanita itu hilang tatkala seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab juga menggodanya dengan kata-kata manis dan janji-janji palsu. Hal ini akan menjadi lebih rumit lagi apabila tidak ditangani dengan serius. Walaubagaimanapun masalah ini masih tidak dapat ditangani kerana cabaran dan dugaan daripada persekitaran yang cukup hebat serta dapat menguji keimanan seseorang. Masalah ini bukan sahaja masih tidak dapat ditangani tetapi terdapat juga peningkatan bilangan wanita yang mula membabitkan diri di dalam masalah ini. Peningkatan bilangan wanita yang bersifat sedemikian sangat membimbangkan ini kerana semakin hari sikap seorang wanita itu tidak lagi seperti seorang wanita. Jika ilmu agama yang diperolehinya diamalkan tetapi masih terjerumus dengan permasalahan ini dimanakah silapnya seorang wanita itu dalam mengawal diri dan menjaga maruahnya? Mengapa wanita hari ini masih dan semakin lemah dengan kebijaksanaan seorang lelaki? Perasaan sayang terhadap seorang lelaki menyebabkan wanita ini lalai dengan keseronokan bercinta sehingga lupa akan prinsip dan matlamat hidupnya.
Sikap wanita hari ini yang semakin tidak segan silu membimbangkan orang ramai. Kelemahan mereka ini telah dipergunakan oleh kaum lelaki untuk memenuhi kehendak mereka. Apabila seseorang wanita itu memenuhi kehendak pasangannya yang bukan muhrim untuk melakukan sesuatu di luar batas agama secara tidak langsung maruah seorang wanita itu sedikit demi sedikit akan tercemar. Ramai wanita kini yang jatuh di tangan seorang lelaki. Bagaikan bunga yang berguguran di musim luruh.
Seorang wanita yang mengalami situasi ini selalunya mereka tidak sedar akan perubahan diri mereka tidak kira dari aspek fizikal mahupun mental. Tiada apa yang dapat membantu mereka jika bukan dari mereka sendiri yang berusaha untuk berubah serta sedar dari mimpi dunia. Tetapi, bukan mudah juga untuk berubah. Perubahan itu lebih banyak terhenti dipertengahan jalan kerana ujian yang kuat dari persekitaran. Masih adakah lagi cara untuk mengatasi masalah ini? Mampukah kaum hawa ini mengharungi cabaran sehebat ini untuk memartabatkan maruah mereka?
Posted by Maria Ja'afar at 12:00 PM 0 comments





