empat tahun aku menyelami dunia pendidikan..akhirnya tamat pengajianku..Alhamdulillah....syukur ke hadrat ilahi kerana membenarkan aku memiliki segulung ijazah sarjana muda pendidikan.. terima kasih juga buat bonda dan ayahanda tercinta kerana banyak memberi bantuan dan dorongan..terima kasih yg tidak terhingga juga buat rakan2 yang menjadi tulang belakang saya selama ini.. alhamdulillah lepas seksaan 4 tahun...
Monday, July 15, 2013
Sunday, March 24, 2013
Setelah sekian lama..
Selepas dua tahun lebih kami tidak pernah keluar bersama, akhirnya kini kami kembali bertentang mata.. Apa yang ada di dalam fikiranku selepas menerima ajakan keluar dari si dia? Pastinya aku resah gelisah...Takut...Suka...Pelbagai perasaan yang bercampur baur tidak mampu aku gambarkan pada insan lain..Ia hanya mampu terpancar diwajahku yang tidak mampu aku selindung lagi.. Perasaan ku bagai tidak boleh dikawal dan kerana itu aku menerima kedatangannya dengan hati yang terbuka.. Pada pagi perjumaan kami, aku telah menyiapkan pakaianku yang serba hitam..Tiba-tiba hatiku tergerak untuk memakai baju warna hijau ditemani cardigen pink dan berseluar hitam.. Tepat jam 9.40 pagi si dia yang aku tunggu-tunggu tiba dihadapan rumahku.. YA ALLAH..Aku melihatnya kemas berpakaian kemaja PINK...!!wow...Jantungku laju..Namun ku kawal dengan baik seperti pelakon yang sangat cekap mengendalikan emosinya.. Perjumpaanku berjalan lancar dan ditemani seorang rakanku.. Istilah 'DATE' tidak boleh digunakan untuk keadaan ini..hahaha.. ketika perjalanan pulang, hujan turun dengan lebatnya.. Sebak dihari mengira minit dan saat untuk berpisah kembali... Namun, sampai dirumah, aku terasa bagai ada batu besar ditanganku yang terpaksa aku angkat untuk melambai si dia pulang... Setelah sekian lama....wajah itu muncul dihadapanku...jasadnya berada disisiku....aku sekali lagi bagai diawang-awangan sambil MENGGENGGAM JANJI CINTA INI.... *nama, atau watak atau jalan cerita tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia...*
Posted by Maria Ja'afar at 3:21 AM 0 comments
Tuesday, March 12, 2013
Menghargai rasa bahagia..
Bahagia adalah satu rasa yang ingin dikecapi oleh semua manusia.. selagi kita punya nikmat sihat dan akal yang baik, keperluan yang kita sentiasa inginkan adalah kasih sayang.. Selain daripada duit yang banyak, teman yang cantik, pendidikan yang tinggi, kuasa yang besar, kereta yang mahal dan rumah yang mewah..namun, ada sesuatu yang tidak pernah memberi jaminan untuk dimiliki..iaitu...ketenangan hati..... bagiku ketenangan itu datang dengan bantuan.. keredhaan tuhan, kecekalan hati, dan perhatian orang di sekeliling... didiklah hati untuk tenang...untuk miliki bahagia... aku tidak mengharap bahagia dalam setiap nafasku.. namun, aku ingin menghargainya.. Kerana tanpanya aku mungkin tidak setabah ini.. tidak adil untuk aku naik berang jika bahagia yang aku inginkan tidak diberikan.. lumrahnya hidup ni bila kita mula kenal apa itu sedih, kecewa, marah, namun bukan mengalah... Perkenalan aku dengan rasa ini mematangkan diriku.. Pergaduhan, pertelingkaran dan ketidaksefahaman yang berlaku sekali sekala antara aku dan dia bukan kerana ada rasa benci dan ingin balas dendam.. ia kemanisan dalam hubungan... bukan ku minta ruang seluas lautan, masa yang panjang, tenaga yang bagai dikerah.... aku hanya inginkan satu sudut yang tenang dihatimu untuk aku bernafas selesa.. jika itu aku mampu miliki, pergilah sangsi, pergilah runsing, pergilah rasa sukar hidup ini... kekuatanku, kasih sayangmu....
Posted by Maria Ja'afar at 5:11 AM 0 comments
Sunday, March 3, 2013
Allergi ketika dewasa..
Hari ni 4 mac 2013.. aku baru pulang dari klinik..aku bertemu doktor setelah mengalami ruam di badan dan muka.. Akibat dari itu, abis muka aku diserang bintik merah...macam kena demam campak pun ada.. bila jumpa doktor, doktor cakap aku allergik pada makanan seperti ayam, telur ayam dan seafood...dalam hati aku berkata...abis, lpas ni aku boleh makan apa..?erm...wajah sayur2an tiba2 terlintas difikiranku...oh..itu sahaja yang aku mampu makan... doktor cakap aku tak boleh makan semua tadi dalam masa setahun...ha????setahun..????sekali lagi wajah sayur2an singgah di otak kecilku...erm...abis.....tiba2 rasa sukarnya hidup ni bila nikmat makan itu ditarik... yang peliknya, selepas aku berusia 24 tahun baru ada allergi? sebelum ni elok je aku bedal mcm2..tu la..mungkin atas dosa2 aku yang banyak, tuhan nak balas..dia tarik nikmat aku satu persatu..selepas ditarik nikmat penglihatan aku dimana aku kini mengalami rabun dekat pada usia 20an, aku juga ditarik nikmat pendengaran...telinga aku kerap bleeding..ntah kenapa..doktor cakap ok je...kali ni nikmat makan plak ditarik..kl aku makan jgk, muka aku akan jadi macam zombi...boleh makan tp jd hodohla..maklumlah..perempuan sering dikaitkan dengan penjagaan diri yang rapi.. so, ada cela sikit da risau..mcmne aku nak pegi kuliah nanti?tu yang membimbangkan aku...walaubagaimanapun, ubat2 yang aku dapat tadi akan aku makan untuk tgk kesannya.. TQ DOKTOR UPSI...
Posted by Maria Ja'afar at 6:39 PM 0 comments
kisahku yang tergantung..
Kadang2 perasaan kita boleh ditutup dengan tingkahlaku yang berbeza.. tapi, pada satu saat, kita pasti akan berasa penat menyembunyikan hati yang luka.. tapi, apa yang boleh kita lakukan..?tiada teman yang memahami..tiada kawan yang bersimpati..tiada keluarga disisi... Akhirnya seperti lumrah sebagai manusia biasa, aku bersujud padaNYA... tuhan yang maha esa...yang maha memahami..maha mengasihani.. segala2nya hanya DIA yang tahu apa isi hatiku... dikala ku rasa resah mencari si pencuri hatiku, aku cuba menenangkan jiwaku..agar tidak kelihatan di mata rakan2 serumahku.. berjauhan adalah perkara yang mencabar dalam hidupku.. bagaimana aku harus sabar?mengerti?memahami dan bertolak ansur serta positif setiap hari? sukar........tapi ku didik hatiku jangan berfikiran negatif... aku harus mengingatkan drku setiap hari..aku harus sedar.. biarpun aku terlalu menyayanginya, namun, aku tau aku tidak akan memilikinya.. bukan niat ingin melawan takdir allah yang telah tertulis untukku...tapi, dugaan dan naluriku berkata begitu.. jika dia benar jodohku, aku sangat bersyukur kepadaMU kerana memperkenankan kehendak cinta hatiku..tp jika dia bukan milikku, aku juga bersyukur kepadamu kerna aku tidak membina mahligai kebahagiaanku di atas kesedihan orang lain... apalah ertinya bahagia jika ada hati yang terluka..memarahi aku setiap masa..hubungan yang tiada restu dan redha... aku...masih disini..menanti jawapan yang belum pasti..tiada kata2 jaminan atau ajakan untuk aku diperisterikan..namun, aku tidak mengharap terlalu tinggi..kerana....aku....masih sedar....akan siapa diriku.........................
Posted by Maria Ja'afar at 6:29 PM 0 comments
Friday, February 22, 2013
hidup yang singkat...
Dalam hidup ini kita menempuh sehari demi sehari dengan begitu pantas.. Rasa baru semalam saya mendaftarkan diri sebagai pelajar pendidikan seni visual di UPSI ini.. Dulu, terasa lama sangat nak abiskan pengajian yang memakan masa selama 4 tahun ni..Tapi, tahun ni, tahun 2013 adalah tahun terakhir saya berada di bumi tanjong malim ini. Rasa tidak percaya, kagum, sedih, hiba, dan macam-macam lagi perasaan menyelubungi diri ini sementara mengira saat-saat akhir di sini.. Banyak kenangan manis dan pahit sepanjang empat tahun saya berada di sini.. Segalanya ku telan sendiri dan adakala ku ditemani jua rakan seperjuangan yang sering sibuk dengan hal masing-masing.. Perjuangan ini bagaikan peperangan yang bersyaratkan menang dengan cemerlang.. Dimana saya tidak boleh berputus asa dan tidak boleh mengenal apa itu kecewa dalam pembelajaran. Selama empat tahun ini, aku memahami, merasai, memerhati segala rentak irama rakan sekelas yang pelbagai. Di akhir-akhir ini akan terlihat 'the true colour of friend'...Dan ia akan membuktikan bahawa rakan itu berada di kelompok mana..Sama ada hanya rakan? sahabat? teman?.. Diperjalananku yang singkat ini, dapat la melihat keindahan dunia sebenar..
Posted by Maria Ja'afar at 8:37 AM 0 comments
Indahnya Hidup Ini..
KOLEKSI MAKANAN SEDAP
MENU :Nasi ambeng
NAMA GERAI: Warung ibu..
LOKASI: Tanjong Karang...
HARGA :RM6.00
MENU:Apam balik coklat
LOKASI: Pasar pg jumaat, Meru..
HARGA: RM3.00
MENU: Lempeng
NAMA GERAI :D'Lempeng
LOKASI: Pekan Kapar
HARGA: RM0.70 / Keping
MENU: Sotong petai
NAMA GERAI: Utama tom yam
LOKASI: Bukit kapar
MENU:Bihun tomyam
NAMA GERAI: Utama Tom Yam
LOKASI: Bukit kapar
MENU: ABC Coklat
NAMA GERAI: Pegaga
LOKASI: Seksyen 2 Shah Alam
HARGA: RM3.00
Menu: Kuew Tiaw Kungfu.
Nama Gerai: Istimewa Seafood.
Lokasi: kampung Batu Belah
Harga: RM5.00
Menu : Sizzling Chicken Chop
Nama Gerai :Orchid Bistro
Lokasi :AEON Jusco, Rawang
Harga :RM12.90
Menu :Canto Kuew Tiaw
Nama Gerai :Orchid Bistro
Lokasi :AEON Jusco, Rawang
Harga :RM7.90
Menu : Sizzling Lamb Chop
Nama Gerai :Orchid Bistro
Lokasi :AEON Jusco, Rawang
Harga :RM19.50
Menu : Curry Noodle
Nama Gerai :Orchid Bistro
Lokas : AEON Jusco, Rawang
Harga : RM6.90
Menu :Nasi Goreng Cupak
Nama Gerai :Cafe Cupak
Lokasi :Tanjong Malim
Harga :RM5.00
Menu :Nasi Goreng Ikan Bilis
Nama Gerai :Cafe Cupak
Lokasi :Tanjong Malim
Harga :RM4.30
Menu :Bihun Hong Kong
Nama Gerai :Cafe Cupak
Lokasi :Tanjong Malim
Harga :RM4.30
Menu : Nasi Goreng Ayam
Nama Gerai :Cafe Cupak
Lokasi :Tanjong malim
Harga :RM4.50
Menu :Nasi Goreng Daging Merah
Nama Gerai :Cafe Cupak
Lokasi :Tanjong Malim
Harga :RM5.00

Posted by Maria Ja'afar at 8:21 AM 0 comments
2013
Assalamualaikum.. Setelah sekian lama saya tidak membuka blog ini... Hari ini 22 Feb 2013 membuka tirai baru dalam ceritera blog ini.. Pastinya ia akan terus menjadi satu tempat yang menyimpan pelbagai perkara..Tidak kiralah hal peribadi mahupun akademik.. Jika sesuatu perkara itu berbaloi untuk dimanfaatkan kepada orang lain, apa salahnya kita berkongsi di alam maya ini... Kematangan itu bukan saja dibina memalui buku-buku yang dibaca..Tapi pengalaman yang dialami secara langsung mahupun secara tidak langsung.. SALAM 2013..
Posted by Maria Ja'afar at 12:44 AM 0 comments
Sunday, February 26, 2012
Problem Base Learning (PBL)
PENGENALAN PBL
Menurut Boud dan Feletti (1991) :Titik permulaan pengajaran PBL mestilah satu masalah, satu pertanyaan atau satu puzzle yang murid teringin hendak menyelesaikannya. Maklumat cara menangani masalah itu tidak diberi walaupun sumber yang berkaitan boleh didapati.
Menurut Duch (1995): Problem Based Learning (PBL) adalah metod pendidikan yang mendorong murid untuk mengenal cara belajar dan bekerjasama dalam kelompok untuk mencari penyelesaian masalah-masalah di dunia nyata.
Menurut Arends (1997) :Pembelajaran berdasarkan masalah merupakan suatu pendekatan pembelajaran di mana murid mengerjakan permasalahan yang autentik dengan maksud untuk menyusun pengetahuan mereka sendiri, mengembangkan inkuiri dan daya berfikiran tingkat tinggi, mengembangkan kemahiran diri dan percaya diri sendiri.
Kesimpulannya, PBL memerlukan murid berfikir & membuat analisis secara kreatif menggunakan sumber secara berpasukan untuk mencari penyelesaian kepada masalah sebenar.
SEJARAH PBL
Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) mula diperkenalkan oleh Professor Howard Barrow sekitar tahun 1960-an di McMaster University, Canada. Beliau telah menggunakan kaedah ini kepada pelajar perubatan di bawah seliaannya dan mendapat reaksi yang positif di kalangan pelajarnya.Kesannya, pendekatan ini telah digunapakai dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bilang kejuruteraan.Kini, Professor Barrow menjadi role model bagi PBL dan Universiti McMaster menjadi perintis kepada PBL.
OBJEKTIF PBL
a) Mengukuhkan kemahiran murid untuk mempelajari sesuatu prinsip, konsep dan belajar menggunakan maklumat dalam pelbagai situasi.
b) Memperkembangkan kemahiran murid memberi hujah dan pendapat, berfikiran kritis, serta kemahiran membuat keputusan.
c) Memperkembangkan kemahiran murid mengintegrasikan pengetahuan dalam pelbagai disiplin ilmu dan kefahaman yang baik tentang peranan sikap kemanusian terhadap kemajuan profesionalisme.
d) Menyediakan murid kepada konsep pembelajaran sepanjang hayat.
e) Menggalakkan pembelajaran kumpulan kecil, keperluan kepada keberkesanan kerja berpasukan dan pembelajaran secara kolaboratif.
CIRI2 PBL
a) Situasi masalah sebenar yang kompleks iaitu tidak mempunyai jawapan yang betul atau salah.
b) Murid bekerja dalam kumpulan untuk menangani masalah, mengenalpasti jurang pembelajaran dan mengembangkan pelbagai penyelesaian.
c) Murid memperolehi informasi baru melalui pembelajaran kendiri.
d) Guru sebagai pembimbing.
e) Masalah tersebut yang akan mendorong murid ke arah perkembangan keupayaan penyelesaian masalah.
LANGKAH PERLAKSANAAN PBL
Menurut Lynda Wee (2004), terdapat tujuh langkah dalam melaksanakan proses PBL. Langkah-langkah tersebut adalah :
1. Pembahagian kumpulan
2. Mengenalpasti masalah
3. Menjana idea
4. Isu pelajaran
5. Pembelajaran kendiri
6. Sintesis dan aplikasi
7. Refleksi dan tindak balas
1. Pembahagian Kumpulan :
Murid membentuk kumpulan masing-masing dan melantik seorang ketua kumpulan dan pencatat.
2. Mengenalpasti Masalah :
Murid diberi masalah untuk diselesaikan. Proses mengenalpasti masalah melibatkan elemen-elemen pencetus idea terhadap masalah yang ingin dikaji, dikenali juga sebagai trigger. Trigger boleh didapati dalam bentuk gambar, petikan surat khabar, klip video tentang kejadian sebenar yang berlaku. Trigger ini akan menyebabkan sesuatu isu dipersoalkan, diperdebatkan dan memberi petunjuk kepada penyelesaian masalah tersebut.
3. Menjana idea :
Murid akan mengeluarkan idea-idea yang dapat membantu dalam proses penyelesaian masalah tersebut.
4. Isu pelajaran :
Murid perlu mengenalpasti apakah yang perlu dipelajari dan mencari isu-isu yang dapat membantu mereka untuk menyelesaikan masalah serta mengetahui apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi menyelesaikan masalah tersebut.
5. Pembelajaran kendiri :
Murid akan mencari dan merumuskan informasi-informasi yang relevan dan logik dengan masalah yang diberikan.
6. Sintesis dan aplikasi :
Punca-punca informasi perlu disahkan kesahihannya Murid mula berkongsi maklumat dengan murid yang lain dan mengaplikasikan maklumat yang diperolehi untuk menyelesaikan masalah. Seterusnya, mereka akan berbincang, memikirkan penyelesaian dan membuat penerangan terhadap penyelesaian yang diambil.
7. Refleksi dan tindak balas :
Murid akan memberi tindak balas terhadap kerja kumpulan, kerja individu, penjanaan pengetahuan, penyelesaian masalah dan juga peranan fasilitator. Seterusnya, perbincangan akan dilakukan dalam kumpulan masing-masing. Tanpa pengetahuan dan kemahiran penyelesaian masalah, murid tidak mampu untuk melaksanakan dan mengaplikasikan kaedah PBL dengan cekap dan sempurna.
Posted by Maria Ja'afar at 2:29 AM 0 comments
kisah cinta seorang manusia..
jika kita elak diri dari cinta, mungkin rasa cinta itu akan lebih kerap mendampingi kita. tapi, kl kita wat slumber jer, mungkin keadaan jadi lebih baik...kita tak boleh gunakan cinta untuk penuhi masa..tapi, kita boleh gunakan cinta untuk bina diri sendiri sama ada cinta dari dia mahupun cinta dari diri sendiri. belajar untuk mencintai seseorang bukanlah mudah... Tapi, blaja menghormati seseorang terlebih daluhu akan lebih memudahkan. ada orang sanggup menerima sapa sahaja dalam hidupnya janji dia dapat apa yang dia nk..tp bagi saya, cinta bukan paksaan yang boleh ditutup dengan kemewahan..hati senang dapat harta benda tapi bertahan sampai bila?
dunia semakin mendekat dengan akhir zaman..lelaki makin kurang..wanita makin ramai..tp, kenapa ada juga lelaki yang berebut untuk mendapatkan seorang wanita?apa istimewanya kadang-kadang membuatkan saya kebingungan..adakah salah wanita kerana menjadi perhatian?adakah lumrah manusia tuhan jadikan keadaan yang begitu?kesian pada wanita lain yang sangat memerlukan teman hidup tetapi tiada sorang laki pun yang menginginkannya..ini adalah takdir yang telah tertulis dimana jodoh dan pertemuan ditangan tuhan. tuhan menyediakan pasangan untuk semua manusia. cuma, cepat atau lambat sahaja pasangan itu akan bersatu..
Posted by Maria Ja'afar at 2:15 AM 0 comments
1st edit 2012
hampir setahun saya tak edit blog ni..akhirnya saya buka juga untuk edit dan upgrade apa yg patut...banyak perkara yang berlaku dalam jangka masa setahun ni..banyak ilmu dan maklumat yang boleh dikongsi bersama dalam blog ini terutama yang berkaitan dengan SENI..Tapi, saya sendiri tak tahu nak letak yang mana satu. jika perlukan bantuan dari segi maklumat tentang PENDIDIKAN dan SENI bolehlah tanya2..kl ada bahan saya bg..kl tak, maafla yer..senang je email kat sy atau cr kat fb..
Posted by Maria Ja'afar at 2:12 AM 0 comments
Wednesday, January 5, 2011
First step for drawing..
Find the simple picture and try to draw..don't forget to read bismillah..it's more blessing for you..hehehe..
Examples from me...












Posted by Maria Ja'afar at 8:59 AM 0 comments
Saturday, October 2, 2010
kaitan seni dengan sejarah
Artikel 1
University of Oxford ialah universiti yang tertua di dalam dunia pertuturan bahasa Inggeris. [1] Universiti ini menyusur-galur asalnya pada sekurang-kurang akhir abad ke-11, walaupun tarikh pengasasan yang tepat masih tidak jelas. Pentarikhan ini menyebabkan tempoh kewujudannya sama sahaja dengan Akademi Plato (400-an SM hingga 500-an Masihi).
Menurut legenda, selepas sebuah rusuhan antara pelajar-pelajar dengan orang-orang bandar tercetus pada tahun 1209, sesetengah pensyarah dari University of Oxford melarikan diri ke bandar Cambridge di arah timur laut dan mengasaskan Universiti Cambridge. Sejak masa itu, kedua-dua universiti ini telah mempunyai sejarah persaingan yang lama antara satu sama lain, dan merupakan universiti-universiti yang paling susah masuk di United Kingdom (sila lihat Persaingan Oxbridge).
University of Oxford ialah salah satu ahli :
• Kumpulan Russell Universiti British yang dipimpin oleh penyelidikan;
• Kumpulan Coimbra, satu rangkaian universiti Eropah yang terkemuka;
• Liga Universiti Penyelidikan Eropah; dan
• Ahli utama Europaeum.
Di universiti ini, kami sempat menyinggahi bangunan-bangunan yang besejarah dan mempunyai kisahnya yang tersendiri. Antara bangunan yang paling menarik perhatian saya ialah Christ Church College yang mempunyai struktur bangunan yang sangat hebat. Untuk memasuki bangunan ini, kami dikehendaki membayar sebanyak 4.50£, umpama tiket untuk masuk ke panggung wayang. Nilai sejarah yang ada pada bangunan di sekitar University of Oxford ini layak untuk diberi penghargaan sebegitu rupa.
Peluang berada di University of Oxford kami gunakan sebaiknya dengan mewalat beberapa bangunan bersejarah. Yang paling teruja ialah apabila kami berpeluang melihat sendiri dewan makan yang menjadi latar tempat penggambaran cerita Harry Potter. Tempat tersebut dipanggil sebagai Dining Hall, Christ Church. Ruangan lain yang sempat kami lawati ialah Christ Church Cathedral.
Dewan yang dibina sejak tahun 1546 oleh Henry VIII ini menempatkan dewan makan kepada hampir 500 pelajar dari Negara-negara komanwel seluruh dunia. Senibinanya cukup mengkagumkan saya kerana ia dilengkapi dengan meja dan kerusi antik, hiasan dinding dan bumbung yang asli yang menyerlahkan gaya senibina British. Di dinding-dinding dewan itu juga tergantung potret-potret lukisan tokoh-tokoh yang pernah belajar di Christ Church.
“Agak-agak kenapa ramai pelancong yang datang ke dewan ni sedangkan ia cuma dewan makan biasa?” saya bertanya kepada Alia dan Zetty, mahasiswa yang membawa kami melawat kawasan University of Oxford.
“Of course la sebab tempat ni Harry Potter pernah berlakon,” jawab mereka.
Saya menggaru-garu kepala yang tidak gatal, kerana saya punya pandangan berbeza daripada mereka. Walaupun saya baru pertama kali menjejak kaki ke dewan ini, apatah lagi universiti ini tetapi saya mempunyai pandangan bahawa tempat ini dikunjungi bukan kerana kisah Harry Potter-nya. Mungkin sesetengah pelancong yang ‘jakun’ hanya akan datang melihat-lihat dewan atau bangunan ini semata-mata kerana ‘Harry Potter pernah belajar dan makan di sini’.
Aspek paling utama yang saya lihat yang ada pada kebanyakan seni bina British pada hari ini ialah seni dan sejarah. Dan dua perkara inilah yang saya rasakan menjadi fokus utama kepada minat orang ramai yang ingin mengkaji dan menilai untuk datang melawat ke tempat sebegini. Timbul persoalan di benak saya, adakah sebelum Harry Potter berlakon disini, Dining Hall ini sunyi sepi tanpa pelancong? Kemungkinan besar dengan sebab kawasan ini menjadi latar tempat lakonan filem Harry Potter, ia menjadi tipping point untuk para pelancong lebih ramai datang melawat kawasan ini.
Nilai yang terdapat dalam kehidupan masyarakat di sana lebih mengutamakan nilai seni dan sejarah apabila kita dapat menyaksikan setiap binaan di sekitar Bandar London mempunyai corak dan rekabentuk tersendiri. Setiap deretan banguan di tepi jalan tidak sama rekabentuknya menunjukkan bahawa keluasan aspirasi seni bina yang ada di sana, tetapi masih mengekalkan ciri-ciri British style.
Dan menurut pendapat saya, para pelancong yang melawat bangunan-bangunan di Oxford adalah kerana kekaguman kepada nilai sejarah dan seni yang dijaga dengan rapi walaupun bangunan tersebut telah berusia ratusan tahun. Pengekalan dan penghargaan oleh masyarakat setempat kepada seni ini cukup membuatkan saya teruja.
Sudah pasti, nilai seni yang tersemai dalam nadi setiap masyarakatnya dapat dibuktikan sejak awal zaman pembinaannya lagi, iaitu sejak beratus tahun lampau. Saya cuba membandingkan pembinaan tamadun dahulu kala dengan proses pembinaan tamadun pasca era modenisasi termasuk dalam Negara kita sendiri. Aspek seni kurang diterapkan terutama apabila membangunkan sesebuah Bandar baru. Yang menjadi persoalan utama ialah soal penjimatan kos dan perolehan keuntungan maksima yang terserap disana faham kapitalism dalam kehidupan dan sistem nilai masyarakat pada hari ini.
Jika bangunan kelihatan buruk dan ketinggalan zaman, maka ia akan diruntuhkan untuk dibina bangunan yang lebih moden. Sedangkan di sekitar Bandar London dan sepanjang sungai di Kota Paris, kita dapat menyaksikan bangunan-bangunan lama yang mungkin sudah berumur ratusan tahun, masih berdiri gah dengan dihiasi dengan aspek-aspek kesenian tersendiri.
Kami juga berpeluang untuk melawat Ashmolean, iaitu Museum of Art and Archaeology University of Oxford. Muzium yang dibina pada tahun 1683 ini merupakan muzium pertama yang terdapat di Britain. Pengujung boleh melihat sendiri lukisan-lukisan agung pelbagai saiz yang dilekatkan di dinding muzium. Selain itu pengunjung boleh menyaksikan koleksi barangan pra-Dinasti Mesir yang berusia ribuan tahun, koleksi Minoan, koleksi agung Anglo-Saxon dan juga koleksi lukisan China moden di dunia barat. Semua koleksi ini dikumpulkan dalam 39 galeri yang direka oleh arkitek Rick Mather.
Apa yang menjadi tarikan ialah barangan-barangan lama yang terdapat dalam muzium ini, yang kebanyakannya merupakan bahan tinggalan sejarah tamadun barat ratusan dan ribuan tahun lampau juga sangat menekankan aspek seni. Kebanyakan barangan tersebut mempunyai ukiran halus, corak bunga yang sangat terperinci, dan bentuk yang agak complicated. Contohnya hulu pedang dan pakaian besi bagi askar perang mempunyai corak ukiran yang halus di tempat-tempat tertentu. Jika difikirkan secara logik, tentera perang tidak memerlukan semua itu dan ia tidak akan mempengaruhi menang atau kalah sesebuah pasukan.
Saya berlatarbelakangkan karpet besar yang tergantung di dinding muzium. Karpet tersebut disulam dengan corak yang menceritakan kisah suka duka Raja Henry VIII (gambar berkuda di tengah). Aksi berkuda dikelilingi oleh gambaran peristiwa perang yang berlaku sepanjang zaman pemerintahannya.
Tetapi jika dilihat dari aspek penghargaan terhadap seni dan nilai yang diletakkan ke atasnya adalah tinggi, maka ia tidak mustahil untuk menjadi salah satu perkara yang diberi perhatian semasa proses membuat barangan tersebut.
Saya bersama Saudara Izwan sempat melihat lukisan-lukisan yang banyak tergantung di dinding muzium. Semua lukisan tersebut mempunyai cara khas untuk ditafsirkan maksudnya hinggakan dibuat satu buku tentang bagaimana untuk mentafsirkan lukisan-lukisan tersebut. Pegawai muzium akan membuat sesi penerangan kepada kumpulan-kumpulan pelancong tentang apakah maksud di sebalik sesebuah lukisan tersebut.
Saya cukup kehairanan apabila kebanyakan lukisan yang terdapat di situ memaparkan tubuh manusia yang tidak berpakaian hingga memaksa saya untuk bertanya kepada salah seorang pegawai muzium yang bertugas. Jawabnya ialah bentuk tubuh manusia sendiri merupaka suatu seni yang sukar untuk dirungkaikan, dan dengan cara ini mereka dapat memberi apresiasi terhadap seni yang terdapat pada tubuh manusia. Sungguh mengejutkan!
Salah satu galeri yang menempatkan lukisan dan arca. (Kami diarahkan untuk memakai beg di bahagian hadapan untuk mengelakkan terlanggar bahan pameran. Kamera dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam muzium)
Kunjungan ke Institute Musulman, Mosquee De Paris. Masjid ini juga sangat menonjolkan aspek seni dalam sesuatu binaan. Di dinding masjid terdapat pelbagai ukiran baru kapur dan jubin yang menunjukkan hasil seni yang begitu halus. Lampu kandil (chandelier) di ruang solat utama diperbuat daripada ukiran kayu manakala hiasan dalaman kubah juga dihiasi dengan seni ukiran kayu.
Seni yang terdapat pada budaya sesebuah masyarakat biasanya menunjukkan sejauh mana tahap keagungan sesebuah peradaban. Yang pasti, seni melambangkan sebuah kemanan dan kesejahteraan masyarakat, dan ketinggian penghayatan kepada faham keagamaan.
Seni yang menghidupkan jiwa, moga-moga mendekatkan diri kita dengan Pencipta.
penulis:MOHD HAFIZUL HILMI BIN MOHD NOOR. Kini sedang mengikuti pengajian Tahun 4, Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UTM.
Posted by Maria Ja'afar at 9:05 AM 0 comments
kaitan seni dan sejarah
Artikel 2
Mungkin first impression terhadap subjek tersebut, kita menganggap subjek itu mengkhususkan soal seni bina zaman lampau, bagaimana struktur-struktur binaan dan proses perkembangan ilmu seni bina. Kita juga mungkin menganggap subjek demikian tiada unsur-unsur sosiologi, perihal undang-undang yang berkait dengan kronologi sejarah.
Nyata sekali itu adalah pemerhatian yang silap.
Meskipun subjek itu berbunyi ‘sejarah seni bina’, bermakna segala perkaitan yang melibatkan hal-hal seperti geografi, sosiologi, kerajaan itulah yang menentukan bagaimana pembandaran itu berkembang. Maka ia berkaitrapat dengan perbezaan ideologi iaitu mempengaruhi penghasilan seni bina.
Sepertimana yang diketahui seni bina adalah satu jurusan yang memerlukan kemahiran melibatkan pelbagai disiplin ilmu. Bukan setakat melukis dan merancang, tetapi seorang arkitek memerlukan ilmu yang luas dari banyak aspek, ini termasuklah pengetahuan yang mendalam tentang sejarah.
Sebenarnya menguasai sejarah bukan setakat mempengaruhi seseorang itu menambah nilai konsep binaannya. Seseorang yang mempelajari sejarah pasti mengetahui perkembangan sosiologi dan keadaan geografi sesebuah tempat itu. Ini adalah penting kerana seni bina berperanan penting dalam hal memberi daya tarikan terhadap masyarakat.
Dari situ juga kita dapat menilai perubahan pemikiran atau ideologi dengan mengkaji perbezaan unsur seni bina, contohnya seni bina pra-Hindu dibandingkan dengan seni bina pasca-merdeka, elemen-elemen asas seni bina cina ditransformasikan ke arah seni bina cina-islam ataupun cina-moden.
Dari situ juga kita dapat mengesan bagaimana Islam datang ke tanah melayu. Kemudian wujudlah teori Islam datang ke tanah melayu dari Tanah Arab, Cina dan India.
Lihatlah, itu signifikannya sejarah dalam dunia seni bina ini.
Bukan senang.
Seorang arkitek terkenal, Ludwig Wittgenstein meninggalkan pelajarannya selama tiga tahun hanya semata-mata kerana bersusah payah membina rumah kakaknya.
“Kau ingat belajar falsafah itu susah?”, katanya.
“Aku beritahu di sini, falsafah itu tak ada apa-apa nak dibandingkan dengan betapa susahnya menjadi seorang arkitek yang bagus”
Kita memahami bahawa zaman dahulu tidak mempunyai teknologi yang canggih untuk membina bangunan yang besar. Mereka tiada backhoe, crane, trektor, bulldozer dan sebagainya. Tetapi bagaimana mereka mampu mencipta binaan megastruktur yang sangat menakjubkan?
Dibina sekitar tahun 600 BC, penggunaan teknologi apakah ini untuk memotong batu sehingga mampu menghasilkan bangunan ini?
Piramid pada zaman firaun 2560 B.C. Binaan ini dikatakan berhubung rapat dengan matahari
Memikirkan pembinaan struktur-struktur zaman dahulu mungkin mampu mempengaruhi kita mengolah idea terutamanya perkara berkaitrapat tentang fungsi.
Baik, mari kita ambil contoh.
Mungkin kita belajar tamadun Mesopotamia mempunyai seni bina yang mantap. Melihat pembinaan ziggurat, kita boleh menilai mengapa dinding tebal, mengapa hiasan bilik sangat sempit dan kenapa ziggurat dibina bertingkat-tingkat. Kita juga boleh menilai mengapa masjid dibina bersama kubah, mengapa perlu ada menara. Semua ini dibina kerana bersebab.
Kemudian cuba lihat fakta hari ini di Palestin.
Apa yang saya dengar selama ini, ramai penceramah yang memberikan fakta tentang penggalian terowong di bawah Masjid Al-Aqsa memberikan kenyataan bahawa terowong itu dibina untuk melemahkan struktur Al-Aqsa.
Dari situ saya mula berasa keliru.
Jika anda pergi ke pantai sila cuba korek pasir dengan menggali dalam bentuk huruf U. Anda akan melihat bahawa sebenarnya ‘jambatan’ pasir di atas itu tidak roboh. Bermakna di sini, bukankah itu satu perkara yang kurang logik merobohkan Al-Aqsa dengan hanya membina terowong-terowong? Sedangkan al-Aqsa pernah rosak lantaran gempa bumi pada tahun 753.
Untuk hal yang itu saya cuba mengkaji dan merujuk banyak perkara, fokus rupa-rupanya adalah tentang freemason. Walaupun saya masih kurang dalam fakta, tetapi memahami taktikal, pengaruh, sosiologi ‘masyarakat’ freemason membawa saya kepada konklusi mereka menuju pembinaan tamadun yang tidak bertuhan, membina sistemnya.
Walaubagaimanapun, dari situ juga kita dapat tahu rupa-rupanya membina Kuil Nabi Sulaiman atau ‘Solomon’s Temple’ bukanlah mengagungkan Nabi Sulaiman atau upacara agama. Ia adalah satu sistem upacara penyembahan manusia.
Dalam hal ini, menurut Adnan Oktar (Harun Yahya) golongan freemason sering melakukan upacara mereka di tempat-tempat yang tersembunyi. Dan berkemungkinan besar mereka membina terowong itu untuk upacara mereka.
Saya dapat gambaran yang lebih jelas menerusi filem National Treasure 2, yang memberi ‘hint’ ada harta yang tersimpan di bawah al-Aqsa. Menerusi fakta yang lain, kita tahu bahawa freemasonry ini berkembang sejak perang salib, kesatria templar (Knight Templars), yang lari dari barisan tentera salib. Bermakna usaha-usaha ini telah dilaksanakan sejak sekian lama.
BENTENG PEMISAH DI GAZA
Kadang-kadang puas saya berfikir bagaimana mereka mendapat idea membina tembok-tembok pemisah sekeliling Gaza? Adakah ini kesan pengaruh daripada Tembok China?
Apakah signifikannya mereka membina tembok itu sejauh 25 batu?
Tidak cukupkah kemampuan mereka yang dibantu oleh Amerika itu melenyapkan rakyat Palestin?
Bahkan dengan bantuan Mesir, mereka kini membina satu lagi tembok kalis bom untuk mengelakkan pembinaan terowong tembus ke Mesir supaya potensi bekalan senjata kembali ke Gaza gagal.
Menurut Tuan Haji Norazman, yang pernah menyertai flotilla Mavi Marmara untuk bantuan kemanusiaan, Israel sekarang berada dalam keadaan yang sangat tertekan. Sekaligus menunjukkan bahawa memang sahlah, andai rakyat Palestin ‘dipenjara’ sedemikian, ditahan bekalan mereka, dimusnah rumah-rumah mereka, menunjukkan betapa sebenarnya itu petunjuk positif bahawa pengakhiran agenda zionis hampir tiba.
Mungkin mereka lupa bahawa satu ketika dahulu kota konstantinopel merupakan kota yang ‘tidak akan boleh ditembus’ telah berjaya dimusnahkan oleh bala tentera muslimin yang dipimpin oleh Sultan Muhammad Al-Fateh.
Dan itu terbukti, bahawa sejak tahun Januari 2008 cubaan untuk memusnahkan benteng di selatan Rafah oleh pejuang HAMAS berjaya.
Atas izin Allah.
KONKLUSI
Tidak dapat tidak, seorang pelajar seni bina mesti mempunyai ilmu yang mendalam tentang sejarah.
Sejarah adalah disiplin ilmu yang perlu dikuasai dalam hal mendidik arkitek itu perlu mempunyai penganalisaan yang mendalam dan terperinci.
Ada mungkinnya arkitek ini mampu membantu perancangan dalam menghasilkan identiti ummah kita, sepertimana yang berlaku di Sepanyol ketika pemerintahan Islam. Dari situ kita dapat lihat islam memberi pengaruh menuhu inovasi-inovasi unggul dari umat Islam. Berkembangnya tamadun Islam di sana, berkembang jualah identiti seni bina Islam yang penuh dengan seninya. Seni yang dikatakan menggerakkan hati mengingat Allah.
Kemudiannya berkembang dalam bentuk pembandaran. Wujudnya baitul hikmah, perpustakaan gergasi, wujudnya masjid yang sangat indah binaannya, struktur –struktur perumahan yang teratur, pengairan yang baik, siapa lagi kalau bukan dari arkitek muslim?
Mungkin kerana ini juga, sebagai satu dakwah, betapa arkitek-arkitek muslim ini mementingkan sifat-sifat binaan yang sangat berkaitrapat untuk mengabdikan diri pada Allah, melalui itu umat Islam dipandang tinggi oleh masyarakat dunia.
Atau, kenapa tidak kita mampu membina pertahanan atau strategi perang, sebagaimana Mimar Sinan, arkitek agung mampu lakukan untuk ketenteraan janissari pada zaman Turki Uthmaniyah dahulu?
Belajarlah.
penulis:Akmal Hakim bin Abdul Khalik (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)
Posted by Maria Ja'afar at 1:47 AM 0 comments
Saturday, September 25, 2010
Tuesday, March 30, 2010
Kepentingan kreativiti dalam pengajaran seni visual
Antara kepentingannya ialah
1 Untuk memupuk dan mewujudkan pemikiran yang baik dan berkesan.
2 Untuk mengamalkan budaya berfikir secara kreatif
3 Untuk mengelakkan kesilapan dalam berfikir
4 Meningkatkan kualiti dalam menghasilkan karya
5 Berfikir di luar kotak
6 Memupuk daya cipta yang tinggi dan semakin meluas.
Posted by Maria Ja'afar at 9:24 AM 0 comments
Sunday, March 28, 2010
Otak

Definisi Otak
Otak merupakan organ bagi pusat kawalan utama bagi badan. Ia menerima maklumat melalui deria dari dalam dan luar tubuh. Ia menganalisa maklumat ini dan kemudiannya menghantar perutusan kepada badan yang mengawal fungsi dan tindakannya. Otak meningati pengalaman lepas, dan merupakan punca fikiran, mood, dan emosi.
Dalam haiwan, otak (εν-κέφαλος, bahasa Greek bagi "dalam tengkorak"), merupakan pusat kawalan bagi sistem saraf tunjang, bertanggungjawab bagi kelakuan. Otak terletak di kepala, dilindungi oleh tengkorak dan hampir dengan perkakasan deria bagi penglihatan, pendengaran, keseimbangan, rasa dan bau. Sementara kesemua vertebra mempunyai otak, kebanyakan invertebra samaada mempunyai otak pusat atau himpunan ganglia terasing. Sesetengah haiwan seperti cnidarian dan echinoderm tidak memiliki otak pusat, sebaliknya mempunyai sistem saraf berasingan, sementara haiwan seperti sponge ketiadaan otak dan sistem saraf sama sekali. Otak mampu menjadi amat rumit. Sebagai contoh, otak manusia mengandungi sekitar 23 bilion neuron, setiap satunya bersambung dengan hampir 10,000 neuron yang lain.
Sejarah
Pandangan awal mengenai fungsi otak menganggap ia hanyalah sebagai pengisi tengkorak. Mesir Silam, dari akhir Kerajaan Pertengahan seterusnya, dalam penyediaan mummification, otak biasanya dibuang, kerana ia dipercayai bahawa jantung adalah apa yang dianggap sebagai terletakknya minda. Menurut Herodotus, semasa langkah pertama penyediaan mummifikasi, "Tindakan paling sempurna adalah untuk mengeluarkan sebanyak mungkin otak dengan cangkuk otak, dan apa yang tidak dapat dicapai dengan cangkuk dicampur dengan dadah." Menjelang lima ribu tahun kemudian, pandangan ini terbalik; otak kini diketahui sebagai takhta kebijaksanaan, sungguhpun variasi pepatah (idiom) yang terdahulu kekal, seperti menghafal "dalam hati (by heart)".
Pertimbangan pertama mengenai bidang psikologi datang daripada ahli falsafah purba, seperti Aristotle. Ketika para pemikir semakin memahami bidang penyelidikan bioperubatan merentasi masa, sebagaiman dengan kes pakar psikologi zaman pertengahan contohnya seperti Alhazen dan Avicenna, konsep-konsep psikologi percubaan dan psikologi klinikal baru muncul. Daripada situ, cabang-cabang lain psikologi muncul dengan setiap individu mencipta idea-idea baru yang berbeza serta ahli psikologi moden seperti Freud dan Jung menyumbang kepada bidang ini.
Biologi Otak
Saiz otak manusia adalah kira-kira 325 gram yang terdiri daripada 10-12 bilion sel dan menyerap kira-kira 75% oksigen darah dalam tubuh manusia. Kranium dan bendalir memberi perlindungan kepada otak. Perkaran yang menarik perhatian para penyelidik ialah kaitan di antara pemikiran/kognisi dan aktiviti-aktiviti fizikal pada otak.
Sejak awal lagi pengkaji telah cuba menerangkan otak dan kaitanya dengan pelbagai fungsi kognitif, tingkahlaku dan emosi.
Antara yang terkenal ialah Franz J. Gall (1758-1828) yang mengutarakan "phrenology" yang berasal daripada perkataan "phrenos" yang bermakna minda dan "logos" yang bermakna kajian. Beliau cuba mengaitkan bahagian-bahagian tertentu otak dengan fungsi-fungsi kognitif tertentu.
Setakat ini diketahui bahawa perubahan-perubahan kimia & elektromagnetik wujud ketika individu berfikir (seperti dalam penyelesaikan masalah). Aktiviti neural dikesan dengan alat perakam yang dipanggil "Electroencephalograph" atau EEG. Pola gelombang otak dikesan melalui elektrod yang dipasang pada kepala seseorang.
Minda dan Otak
Secara analoginya, otak dapat diibaratkan seperti sebilah pisau manakala minda dapat diibaratkan seperti ketajaman yang terdapat pada mata pisau tersebut. Pisau tidak dapat digunakan dengan sempurna jika matanya tidak diasah untuk mendapatkan ketajaman yang maksimum. Begitu juga halnya dengan otak kita yang tidak dilatih dan dikembangkan untuk menghasilkan minda atau pemikiran yang berkualiti.
Bahagian-Bahagian Otak
Otak manusia terdiri daripada beberapa bahagian:
1. Saraf Tunjang: atau korda spina menerima maklumat daripada sistem sensori (kulit, mata, telinga, lidah & hidung) sendi otot dan anggota lain, lalu mengeluarkan arahan motor untuk bertindak balas (seperti melakukan pergerakan)
2. Medula Oblongata dan Pons: merupakan sambungan atau jambatan anatara saraf tunjang dan bahagian atas otak. Medula ialah pusat proses-proses tidak sedar seperti respirasi, denyutan jantung, tekanan darah, menelan, batuk, bersin dan lain-lain.
3. Otak Tengah: terletak antara medula oblongata, pons & serebelum & diensefalon & korteks serebum.
4. Diensefalon: terdiri daripada
a) hipotalmus - mengawal fungsi involuntari (pernafasan, suhu badan)
b) talamus - memproses maklumat terlibat dengan penglihatan, pendengaran, rasa.
5. Serebelum: terletak di bawah serebrum dan memenuhi bahagian belakang karanium. Permukaan serebrum terdiri daripada jirim kelabu dan berlipat-lipat dan jirim putih memenuhi bahagian dalamnya. Serebelum menerima impuls dari organ-organ deria yang berkaitan dengan keseimbangan badan. Fungsi serebelum ialah menyelaras pergerakan badan & mengekalkan keseimbangan (berjalan, berlari).
6. Serebrum: adalah bahagian otak yang paling besar (2/3 otak manusia) dan memenuhi bahagian atas serta hadapan ruang kranium dan terbahagi kepada 2 hemisfera:
- Hemisfera Kanan menerima impuls dari sebelah kiri badan.
- Hemisfera Kiri menerima impuls dari sebelah kanan badan.
Kopus Kasolum menghubungi kedua-kedua bahagian serebrum. Lebih banyak lipatan dan terdiri daripada jirim kelabu.
Teori Otak
Menurut Ma’arof dan Haslinda (2001), pada tahun 1965 Dr. Roger Sperry dari Institut Teknologi Carlfornia telah mengemukakan teori otak kiri dan otak kanan yang dipercayai dan digunakan hingga kini. Dr. Roger Sperry dan Dr. Paul Maclean mendapati manusia hanya menggunakan 10% daripada potensi otak, 90% lagi sentiasa menanti untuk dikembangkan.
Fungsi Otak Kiri & Otak Kanan
Menurut De Porter dan Hernacki (1992), otak kiri mengawal proses pembelajaran bahasa, matematik, pemikiran logik, analitik, linear dan hafalan. Otak kanan pula mengawal aktiviti kreatif, irama, rima, muzik, visual, warna, gambar serta pemikiran metaforikal yang boleh menggambarkan analogi dan metafora, corak serta pola. Ringkasnya, otak kanan adalah untuk pembelajaran holistik, subjektif, estetik, kreatif dan berbentuk naluri manakala otak kiri melakukan pembelajaran objektif dan akademik.
Fungsi Otak Kiri
•Ia mengawal bahagian kanan anggota badan.
•Ia juga mengawal fungsi bercorak analitik.
•Komputer boleh melaksanakan fungsi analitik. Analitik termasuklah logik, urutan, rasional, fakta, terperinci, perancangan, prosedur, ulangan dan pengelolaan.
Fungsi Otak Kanan
•Ia mengawal bahagian kiri anggota badan.
•Ia memproses maklumat bercorak intuitif, kesenian, kreativiti, perasaan dan persepsi visual.
•Ia tidak boleh dilakukan oleh komputer.
Posted by Maria Ja'afar at 3:39 AM 0 comments
PERSONALITI
Setiap individu yag dilahirkan di muka bumi ini dikurniakan dengan akal fikiran, emosi, sifat, gaya dan personaliti yang berbeza-beza dengan individu yang lain. Perbezaan antara sifat seseorang dengan individu lain mewujudkan keunikan pada setiap individu kerana mereka ini tidak akan sama dari segi minat, sifat, gaya atau sebagainya secara keseluruhan. Terdapat persamaan yang berlaku tetapi hanya pada sebahagian aspek sahaja. Ini kerana ciptaan tuhan yang sangat sempurna dan unik ini membezakan kelebihan dan kekurangan seseorang individu dengan individu lain.
Ciptaan tuhan sangat teratur di mana setiap individu mempunyai personaliti masing-masing. personaliti berasal daripada perkataan inggeris iaitu person. Pada umumnya, personaliti akan memperihalkan seseorang individu tersebut tetapi secara khusus, personaliti adalah sifat – sifat yang ada pada seseorang individu seperti cara ia berfikir, beraksi, beremosi, berpersepsi dan lain – lain yang membolehkannya dibezakan dengan orang lain. Oleh itu, personaliti akan memperihalkan sifat – sifat fizikal, emosi, dan kognitif seseorang individu.
Mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka, personaliti ialah sifat dan sikap seseorang yg membentuk perwatakannya dan keperibadian. Setiap individu mempunyai personaliti masing-masing yang menarik.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi personaliti. Antaranya ialah perwarisan. Hal ini di sebabkan oleh sifat atau sikap seseorang itu boleh diwarisi atau diwariskan kepada individu lain. Hal ini sering berlaku dalam sesebuah keluarga di mana apa yang diamalkan atau diperlakukan oleh ibu bapa akan diwarisi oleh anak-anak mereka. Contohnya jika ibu merupakan seorang yang penyanyang, maka anak yang akan lahir juga berkemungkinan untuk memegang watak seorang yang penyanyang juga. Hal ini berlaku kerana terdapat hubungkait yang rapat dari segi saintifik dan genetik antara ibu bapa dengan anak-anak mereka.
Selain daripada itu, faktor pengalaman juga boleh mempengaruhi personaliti seseorang. seorang individu yang telah mengalami pengalaman yang indah dan baik akan lebih mudah membentuk personaliti yang positif berbanding dengan individu yang berpengalaman dengan kisah silam yang mengerikan kemungkinan ia akan mempengaruhi personaliti seseorang pada masa akan datang. Contohnya seseorang pelajar yang berpengalaman dalam kes buli. Pelajar yang pernah dibuli akan menyebabkan mereka menjadi seorang yang pendiam, murung dan sebagainya. Pelajar seperti ini membentuk personalitinya sendiri kesan pengalaman yang dilalui.
Faktor lain pula ialah budaya. Faktor budaya juga merupakan salah satu aspek yang boleh mempengaruhi personaliti seseorang individu. Budaya inilah yang akan mencorak seseorang individu dan menentukan personaliti mereka. seseorang individu itu pasti mempunyai budaya yang tersendiri dan mungkin berbeza dengan rakan-rakan yang lain. Contohnya jika sesebuah budaya itu mengamalkan adab sopan santun dan menjaga kehormatan diri yang ketat, maka personaliti seorang pelajar itu akan bersikap sopan sedemikian secara tidak langsung. Hal ini kerana pelajar sudah dibiasakan dengan apa yang berlaku di persekitarannya.
Posted by Maria Ja'afar at 3:24 AM 0 comments





